Kesebakan yang terpendam di dalam hati selama sebulan lalu kini terluah juga melalui titisan airmata. Suasana muram di hospital pada malam itu disambut dengan tangisan sewaktu Ain menghembuskan nafas terakhirnya. Airmata yang bertakung di kelopak mataku mengalir deras ke pipi. Aku seakan tidak percaya bahawa aku telah kehilangan seorang sahabat yang aku anggap seperti kakakku sendiri. Ain yang selama ini menjadi penghibur hatiku dan juga tempat untukku mengadu, telah pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya.
Ain, seorang gadis manis dan cerdik, baru berumur 19 tahun. Dia masih bersekolah di salah sebuah Politeknik di Singapura. Kehidupannya sangat mewah. Dia adalah anak tunggal dan ibu bapanya pula mempunyai syarikat sendiri namun dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kemewahannya mahupun membangga-banggakan dirinya. Ramai yang ingin berkawan dengannya. Mungkin kerana harta yang dimiliki keluarga Ain. Aku adalah sahabat yang paling akrab dengannya. Segala masalah, kami pasti beritahu satu sama lain.
Namun segala-galanya berubah dengan hanya sekelip mata. Ain menjadi liar semenjak dia berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Haris. Ain berubah menjadi seorang Kaki botol, perokok dan menjadi kutu-kutu embun dan paling mengejutkan lagi, dia juga menjadi seorang penagih dadah. 'Najis' itulah menjadi santapan hariannya. Makanan yang dianggap 'sedap' dan 'lazat' itu jugalah yang telah membuat Ain semakin hilang arah tuju.
Ain sudah tidak semanis dulu. Tubuhnya menjadi semakin kurus dan mukanya kelihatan sangat cengkuk. Dia kelihatan seperti mayat hidup yang sedang berlegar-legar di bumi yang bukan lagi tempatnya. Ain semakin terjebak dalam pada dunia DADAHnya. Aku tidak dapat membuat apa-apa kerana Ain tetap memilih 'najis'itu dari persahabatan kita. Akhirnya, Ain memutuskan persahabatan kami. Aku kecewa.
Setelah 4 bulan tidak berjumpa, aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Ibu Ain menelefonku untuk memaklumkan padaku bahawa Ain kini berada di hospital dalam keadan tidak sedarkan diri. Genggaman telefonku terlepas. Tanpa aku sedari, airmataku jatuh ke pipi. Dalam fikiranku terbayang wajahnya. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke Hospital.
Setibanya di hospital, aku berjumpa Ibu Ain. dalam nada yang sangat layu, dia memberitahu apa yang berlaku. Ain dimasukkan ker Hospital kerana pengambilan dadah yang berlebihan. Dia dijumpai di dalam rumah usang dalam keadaan kusut masai bersama beberapa batang lilin yang masih menyalah. Doktor juga mengatakan bahawa peluangnya untuk hidup amat tipis kerana DADAH di dalam tubuhnya itu telah melebihi. Kini, Ain berada di dalam koma di tahap yang kritikal.
Lidahku kelu seketika. Perasaanku dipenuhi dengan penyesalan. Sekiranya aku melarangnya dari memutuskan persahabatan dan juga melarangnya dari bergaul dengan dunia liar, pasti ini semua tidak akan berlaku. Aku menyesal, sangat menyesal. Aku berdiri di tepi katil di mana Ain terbaring lemah dengan bantuan pernafasan dari tngki oksigen. Tubuhnya yang kecil dan pucat itu membuat aku semakin sebak. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini. Ingin sahaja aku menjerit agar aku terbangun dari mimpi ngeri ini. Namun, ternyata apa yang aku alami sekarang ini adalah REALITI. Sesebuah REALITI yang harus aku hadapi walaupun ia amat perit utuk diterima.
Aku bergegas keluar. Aku tidak mahu menunjukkan pada Ain bahawa aku terlalu lemah untuk menerima keadaannya sebegini. Aku berdiri di luar wad itu lalu menangis. Namun, tangisanku tersekat apabila aku melihat jururawat menyusung Ibu Ain yang lemah seakan- akan baru sahaja pengsan, keluar dari wad. Jangtungku berdegup laju. Aku menjadi takut dan cemas. Aku tertanya tanya apa yang telah berlaku.
Segala pertanyaanku terjawap apabila Ayah Ain keluar dari wad dan memberitahu bahawa Ain sudah tiada lagi. Pada saat itu, aku terasa bagai dunia ini menjadi gelap gelita. Aku ingin memberhentikan waktu agar aku dapat berfikir. Aku ingin memutar kembali waktu agar aku dapat memperbetulkan apa yang salah. Kini, segalanya terlambat, Ain atau nama penuhnya NUR'AIN AMALINA BTE KAMSARI, telah pun meninggalkan ku tanpa kata kata.
Aku cuba mengorak langkahku untuk melihat jenazah Ain. Baru tadi, aku memegang tangannya yang masih bernadi. Aku tidak percaya. Aku tidak percaya, tangan seorang gadis yang masih hidup, yang kurang dari 3 jam aku sentuh, kini telah menjadi sebuah jenazah yang terbaring kaku. Mengapa ini berlaku terlalu pantas. Tidakkah aku berpeluang untuk bercakap dengannya. Mengapa harus Ain meninggalkan kami dalam keadan begini. apakah ini balasannya? Tidakkah ini terlalu kejam untuk keluarganya terutama sekali Ibu Bapanya.? Segala persoalan ini bermain difikiranku. Kaki ku terasa berat untuk melangkah masuk ke wadnya.
DADAH. Itulah punca kematian Ain, sahabatku. Oleh kerana memakan dadah yang berlebihan, Ain meninggalkan KELUARGAnya dan juga AKU. DADAH jugalah punca segala apa yang telah berlaku sebelum kematian Ain. DADAH jugalah yang membuat Ain lupa akan janjinya padaku. DADAH jugalah yang menyebabkan aku meninggalkan Ain selepas terputusnya persahabatan kami. Kerana DADAH juga, Aku menyesal seumur hidupku kerana tidak menghalang SAHABATku dari terjebak lebih mendalam.
Kini aku pasti, bahawa DADAH adalah punca bagi segala masalah yang datang. Dengan DADAH, ia amat mustahil untuk menyelesaikan masalah malah, ia akan menimbulkan lagi masalah. 'Najis' itu harus dibuang jauh dari kehidupan masyarakat kita. Ia amat merbahaya. DADAH... Itulah PEMBUNUH UTAMA dalam kehidupan AIN.
SORIE IF ITS TOO LONG OR DRAGGY EHHH.. i decided to write it on blog as it have been a long time since i wrote 1 malay compo.